Tuesday, January 28, 2014
Cuti-cuti Malaysia
salam...
lama tak mengadap blog nih...baru nak start semula...
welkam to my self..hehhehehe..
Cuti2 sambil berseminar bersama jutawan internet Dr.Irfan Khairi di Genting Highlands..
Best gak sedut ilmu dari jutawan. Insya Allah yuzyvtec akan aplikasikan nanti ilmu yang bermanfaat ini...
Wednesday, June 20, 2012
JTX1000 UNTUK SEMUA JENIS ENJIN..
JTX 1000 WORLD`S BEST LUBRICANTS
MENJIMATKAN PETROL/DIESEL 10%-20%
MENINGKATKAN KUASA ENJIN 10%-20%
MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT ENJIN
*meningkatkan kuasa enjin
*boleh digunakan utk diesel/petrol/gas.
*sesuai utk smua jenis kenderaan termasuk motosikal
1.Jimat petrol sehingga 20%.
2.Dapat meningkatkan Kuasa Enjin sehingga 30 %
3.Pergerakan enjin lebih stabil dan senyap
4.Penukaran minyak MINIMA 10,000 Km
5.Dapat menghakis bahan-bahan berasid yang terbentuk pada permukaan keluli dalam enjin dan bahagian dalam enjin jadi bersih
6.Tahan tekanan lampau & menangkis hakisan pada enjin
7.Memanjangkan jangka hayat enjin...
Untuk order, call/SMS/wassap: 0122719553 ( yujie)
Thursday, October 13, 2011
Maharani Terbaik...






Ni sebelum dan selepas makan maharani....
Terbaiik..... Untuk order, boleh call/ SMS/ wassap : 0122719553 - yujie
Thursday, September 29, 2011
Jet TurBo Extreme 012 271 9553 (yujie)


Apa beza 10W-40 dengan 15W-40 ?
Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi Pada suhu tersebut.
Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia melainkan anda menyimpan kenderaan anda di dalam peti sejuk.
Pengetahuan tentang minyak hitam..
SAE J300 telah menetapkan sebelas nilai Kelikatan bagi minyak Single-Grade, di mana enam daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grades dan diberi penunjuk W. 11 nilai kelikatan itu adalah nilai 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai 'weight' bagi minyak enjin.
Perbezaan penunjuk dengan W (winter grade) dan tanpa W (non- winter grade) adalah mengikut perbezaan jenis ujian kelikatan pada minyak. Pada asasnya lebih tinggi kelikatan minyak maka lebih tinggi grad kelikatan pada SAE.
Untuk beberapa aplikasi, misalnya apabila suhu ketika penggunaan enjin berkisar dalam kadar yang tidak terlalu besar, penggunaan minyak single-grade adalah berpatutan; misalnya, mesin pemotong rumput, aplikasi industri, dan kenderan-kenderaan vintage atau klasik.
Multi-Grade ?!
Boleh dikatakan kadar julat suhu minyak pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, jarak julat suhu enjin sejuk (ketika menghidupkan enjin kenderaan) sehingga suhu panas (ketika enjin beroperasi sepenuhnya).
Pada suhu enjin yang melampau kadar kelikatan untuk minyak Single-Grade tidak dapat digunakan. Maka sesuatu bahan seperti aditif dimasukkan, menjadikan sesuatu minyak itu Multi-Grade; walaubagaimanapun ada juga penghasilan minyak Multi-Grade yang tidak menggunakan aditif. Matlamat sebenar penghasilan minyak Multi-Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak untuk ketika enjin sejuk dan kelikatan kedua yg sesuai untuk ketika enjin panas/beroperasi. Ini membolehkan satu-satu minyak itu digunakan sepanjang tahun dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi-Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.
SAE pada minyak Multi-Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak; contohnya pada 10W-30. Dua nombor tersebut pada dasarnya dianggap oleh SAE J300 sebagai dua minyak Single-Grade. Oleh itu, minyak 10W-30 mesti melepasi pengkelassan kelikatan SAE J300 untuk kedua-dua 10W dan 30, dan kelikatan minyak Multi-Grade 10W-30 itu terbatas dalam kadar kepekatan itu sahaja (contohnya 10W-30 tidak boleh mencapai kelikatan 5W).
Kebanyakan kenderaan diberi spesifikasi penggunaan grad kelikatan minyak tertentu oleh pengeluar kenderaan, tetapi ia boleh berubah, bergantung pada keadaan lokasi kenderaan digunakan, di mana cuaca atau pengawalan kecekapan bahan api memainkan peranan.
Keajaiban jtx-1000
molekul2 minyak jtx-1000 melekat seperti magnet walaupun berada di dalam air...
Mnyak pelincir terbaik di dunia
• Menjimatkan Petrol 10%-20%.
• Meningkatkan Kuasa Enjin 20%-30%.
• Memanjangkan Jangka Hayat Enjin.
1. Tahan tekanan lampau & menangkis hakisan pada enjin.
- enjin dilindungi
2. Meningkatkan kuasa enjin.
- lebih laju
3. Formulasi EP/AW.
- minyak untuk pemanduan lasak / agen yang menghindari kehausan enjin
4. Membolehkan pergerakan enjin yang lebih stabil & senyap.
- tiada gangguan ketika memandu
5. Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petrol, diesel & gas.
- menjimatkan wang untuk perjalanan lebih jauh
6. Penukaran minyak boleh melebihi 10,000 km.
- lebih jimat wang dan masa
7. Menghakis @ mencegah tompokan kotoran minyak.
- enjin kelihatan seperti baru
8. Mengekalkan pelinciran terbaik bagi permukaan keluli yang bersentuhan.
- enjin lebih lancar dan senyap
FUNGSI-FUNGSI HEBAT LAIN:
Jika minyak hitam kereta kering, fungsi Tribology dapat mengelakkan enjin kereta daripada jem.Untuk percubaan guna minyak enjin JTX 1000 sepenuhnya, hidupkan enjin kenderaan dalam 20 minit, kemudian keluarkan kesemua minyak JTX 1000 yang didalam enjin, kenderaan anda dapat bergerak lebih 50km walaupun tanpa minyak hitam kereta.Hanya untuk mereka yang condident.
Menjimatkan penggunaan petrol sehingga 10% - 20%.Bermakna setiap perbelanjan RM100 petrol, anda boleh jimat hampir RM10-RM20 kos petrol.Ujian dilakukan dalam kelajuan yang konstan.
Tambah power.Sangat membantu kepada kaki drift dengan kaki lumba.Meningkatkan power enjin sehingga 20% ke 30%.Kesan ketara bila anda tekan minyak kenderaan, enjin tidak sebu,terus pergi dan pergi, cuma berani dengan tidak je.
Jika perjalanan anda terpaksa mengharungi kawasan banjir,anda tak perlu risau jika enjin kenderaan anda masuk air kerana JTX 1000 boleh menyelamatkan enjin daripada jem.Selamat..tak perlu overhaul enjin.Minyak hitam biasa jika campur air, enjin boleh jem.
Sunday, September 13, 2009
Umah Kawan aku terbakar...
KOTA BHARU: “Duit raya RM1,000 yang saya sediakan untuk ‘anak buah’ semuanya hangus,” kata Bazlan Sulaiman, 39, selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, rumah pusaka dibina daripada papan sejak 50 tahun lalu itu tidak dapat diselamatkan berikutan api marah dengan cepat.
Difahamkan, kejadian disedari jiran mangsa sebaik melihat asap tebal keluar dari bahagian bumbung tengah rumah terbabit sebelum menjerit sekuat hati dengan mengarahkan penghuninya bergegas keluar.
Situasi itu menyebabkan adik Bazlan, Suhaimi, 33, yang asyik melayari Internet di biliknya panik dan meninggalkan rumah berkenaan tanpa berbaju.
Menceritakan kejadian itu Bazlan yang bekerja sebagai juru ukur tanah berkata, dia dimaklumkan jirannya mengenai kebakaran yang berlaku ketika pulang dari pasar berdekatan.
“Kira-kira jam 11.30 pagi saya ke pasar untuk membeli barang dapur. Sebaik sampai di rumah, jiran memberitahu rumah kami terbakar.
“Berdasarkan maklumat jiran, kejadian bermula dari bahagian tengah rumah selepas dia melihat kepulan asap hitam di situ,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Bazlan, dia tidak dapat menyelamatkan barangan kerana semuanya hangus dalam sekelip mata, termasuk sebuah motosikal jenis Kawasaki miliknya yang diletakkan berhampiran rumah.
“Paling saya terkilan, wang tunai RM1,000 yang baru saya tukar untuk diberi kepada anak saudara pada Aidilfitri nanti turut hangus,” katanya yang menetap di rumah pusaka bersama tiga beradiknya yang lain.
Suhaimi yang baru mendirikan rumah tangga pada Jun lalu pula berkata, dia terpaksa berputih mata kerana pakaian pengantinnya hangus dalam kebakaran.
“Kejadian berlaku ketika saya melayari Internet di bilik. Tiba-tiba saya terdengar jeritan dari arah rumah kakak. Mulanya saya sangka ia pembakaran sampah, tetapi terkejut bunyi itu datang dari sebuah bilik.
“Tanpa berbaju, saya segera menyelamatkan diri kerana api marak dengan cepat,” katanya yang bekerja di sebuah bank di Rantau Panjang.
Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Nor Affendi Mohd Noor, berkata 15 anggota membabitkan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.48 tengah hari.
“Ketika anggota bomba tiba, api marak dan rumah terbabit 100 peratus terbakar. Bagaimanapun, bomba berjaya menyelamatkan sebuah bengkel, dua rumah dan sebuah butik pengantin daripada terbakar.
“Punca kejadian serta kos tidak diketahui dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui kedudukan sebenar,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


