Sunday, September 13, 2009

Umah Kawan aku terbakar...


KOTA BHARU: “Duit raya RM1,000 yang saya sediakan untuk ‘anak buah’ semuanya hangus,” kata Bazlan Sulaiman, 39, selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, rumah pusaka dibina daripada papan sejak 50 tahun lalu itu tidak dapat diselamatkan berikutan api marah dengan cepat.

Difahamkan, kejadian disedari jiran mangsa sebaik melihat asap tebal keluar dari bahagian bumbung tengah rumah terbabit sebelum menjerit sekuat hati dengan mengarahkan penghuninya bergegas keluar.

Situasi itu menyebabkan adik Bazlan, Suhaimi, 33, yang asyik melayari Internet di biliknya panik dan meninggalkan rumah berkenaan tanpa berbaju.
Menceritakan kejadian itu Bazlan yang bekerja sebagai juru ukur tanah berkata, dia dimaklumkan jirannya mengenai kebakaran yang berlaku ketika pulang dari pasar berdekatan.
“Kira-kira jam 11.30 pagi saya ke pasar untuk membeli barang dapur. Sebaik sampai di rumah, jiran memberitahu rumah kami terbakar.

“Berdasarkan maklumat jiran, kejadian bermula dari bahagian tengah rumah selepas dia melihat kepulan asap hitam di situ,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Bazlan, dia tidak dapat menyelamatkan barangan kerana semuanya hangus dalam sekelip mata, termasuk sebuah motosikal jenis Kawasaki miliknya yang diletakkan berhampiran rumah.

“Paling saya terkilan, wang tunai RM1,000 yang baru saya tukar untuk diberi kepada anak saudara pada Aidilfitri nanti turut hangus,” katanya yang menetap di rumah pusaka bersama tiga beradiknya yang lain.

Suhaimi yang baru mendirikan rumah tangga pada Jun lalu pula berkata, dia terpaksa berputih mata kerana pakaian pengantinnya hangus dalam kebakaran.

“Kejadian berlaku ketika saya melayari Internet di bilik. Tiba-tiba saya terdengar jeritan dari arah rumah kakak. Mulanya saya sangka ia pembakaran sampah, tetapi terkejut bunyi itu datang dari sebuah bilik.

“Tanpa berbaju, saya segera menyelamatkan diri kerana api marak dengan cepat,” katanya yang bekerja di sebuah bank di Rantau Panjang.

Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Nor Affendi Mohd Noor, berkata 15 anggota membabitkan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.48 tengah hari.

“Ketika anggota bomba tiba, api marak dan rumah terbabit 100 peratus terbakar. Bagaimanapun, bomba berjaya menyelamatkan sebuah bengkel, dua rumah dan sebuah butik pengantin daripada terbakar.

“Punca kejadian serta kos tidak diketahui dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui kedudukan sebenar,” katanya.

Sunday, August 30, 2009

Sekadar Renungan



Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)

Wednesday, August 26, 2009

Rasulullah sayangkan kita

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita...

Thursday, July 23, 2009

Peristiwa Israk Mikraj


AL ISRA’ WAL MI’RAJ



Antara salah satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan Rejab adalah peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Kebanyakan para ilmuan mengatakan peristiwa al Isra’ wal mi’raj berlaku pada 27 Rejab. Allah SWT berfirman: “Maha Suci Dia (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya, untuk dipertontonkan bukti-bukti kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (surah al Isra’: 1)


Al Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah daripada Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin pada hanya sebahagian malam. Al Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari Masjid al Aqsa menuju ke Sidrat al Muntaha (melepasi lapisan langit ketujuh) dan menerima kefardhuan solat daripada Allah SWT.
Peristiwa al Isra’ wal Mi’raj adalah peristiwa yang luar biasa dan tiada manusia yang mampu merencana perjalanan sehebat peristiwa ini. Justeru itulah Allah SWT memulakan ayat ini dengan memuji DIRINYA yang tidak terbanding dengan mana-mana kekuasaan dan kebijaksanaan yang lain.
Antara pengajaran utama daripada peristiwa al Isra’ wal mi’raj adalah seperti berikut:
1. Keutamaan Solat
Allah SWT mewahyukan kewajiban solat secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui sebarang perantaraan. Pada asalnya manusia diperintahkan untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. Walaubagaimanapun perintah tersebut dikurangkan sehingga hanya 5 waktu sehari semalam sebagaimana yang kita laksanakan pada hari ini. Walaubagaimanapun, Rasulullah mengatakan sesiapa yang mengerjakan solat 5 waktu sehari sebagaimana yang diperintahkan, akan mendapat ganjaran seolah-olah mengerjakan 50 waktu sehari semalam. Para Ilmuan Islam juga mengatakan bahawa “Solat adalah mi’raj bagi seorang Muslim”. Solat juga menjadi pembeza di antara iman dan kufur. Sabda Rasulullah SAW: "Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama, barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya dia telah MERUNTUHKAN AGAMA"- Bukhari dan Muslim. Bahkan sekiranya ada yang bertanya tentang “turning point” dalam hidup, jawapannya “sempurnakanlah SOLAT”.
2. Kemuliaan Masjid al Haram dan Masjid al Aqsa
Dalam ayat yang disebutkan di atas, disebutkan dua masjid secara jelas iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al Aqsa di Palestin. Masjid al Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Mekah. Bahkan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah. Masjid al Aqsa juga merupakan masjid yang kedua tertua di dunia selepas Masjidil Haram iaitu dibina 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram di Mekah (Hadith riwayat al Bukhari). Malangnya pada hari ini, Masjid al Aqsa menjadi saksi kepada jenayah kemanusiaan yang paling buruk dalam sejarah dunia dan tidak ada mahkamah di atas dunia ini yang boleh menjatuhkan hukuman kepada pengganas Zionis yang merampas tanah Umat Islam, penganut Kristian dan sebahagian Yahudi di Palestin dan membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa.
3. Senang selepas susah.
Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas Rasulullah SAW mengalami tahun yang penuh dukacita. Baginda kehilangan isteri yang tercinta, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib hampir serentak. Tambah memilukan kedatangan Baginda ke Taif (sebuah negeri di luar Mekah) bukan sekadar tidak disambut tetapi Baginda dilemparkan batu oleh pemuda-pemuda upahan sehingga baginda luka parah. Walaubagaimanapun Baginda terus berdoa agar Allah member hidayah kepada penduduk Taif biarpun mereka menyakiti Baginda. Segala dukacita Baginda diubati dengan anugerah yang Maha Besar; perjalanan ke langit untuk bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya dunia ini adalah ibarat satu putaran roda. Ada masanya kita senang dan ada ketikanya kita susah. Justeru yang senang, bersyukurlah dan yang susah, bersabarlah; kesenangan pasti datang dengan kesabaran dan usaha.

**To all non Muslim colleague: We hope you enjoy reading the above for knowledge and understanding**